Sunday, 30 October 2011

karangan


A.Pengenalan

setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan.Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham.kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja,memadai tiga atau empat ayat.pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif  dan mendalam pada pemeriksa.Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B.Isi

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu.karangan perlu mempunyai empat isi.Isi yang tidak lebih mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa.Isi hendaklah disusun dengan teratur dan terkait di antara satu dengan lain.Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan.Isi yang utama didahulukan.Sebaik-baiknya satu isi,satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat.Tiap-tip perenggan tidak semesti sama panjangnya.Mungkin sesuatu perenggan itu lebih pangjang daripada perenggan yang lain.Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid  biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki.Elekkan menyertakan isi  yang bercanggah dengan tajuk .Isi kerangan hendakalah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain.Untuk mendapat isi yang baik dan banyak,kita hendaklah banyak membaca surat khabar,majalah-majalah-majalah,,rencana-rencana ,buku-buku cerita,mendengar sesuatu,menyaksikan sendiri dari pengalaman sendiri.Jangan campur adukan isi.Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama.Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Tip
Antara kaedah mencari isi

Kaedah 1 (pertanyaan) Kaedah 11 (peta minda)
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?

C.Penutup

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendak memberi satu kepuasan kepada pembaca.Penutuplah yang menjadi kesimpulan /rumusan atau akhiran sesuatu karangan.Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.Elekkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung.Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.  
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu Pengangguran dan Cara Mengatasinya

Isu penganguran telah  menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswajah.Namun,ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswajah tetapi golongan lain juga.

Jadi,apakah punca-punca wujudnya pengagguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakn satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini.Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswajah untuk memperoleh pekerjaan.Malah,berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma stiap kali keputusan peperiksaan umum negar diumumkan atau konvekesyen sesebuah universiti dijalankan.Jadi,apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku 


sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum.Situasi ini menyebabkan bayak syarikat atau kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya.Bukan sahaja mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh terdekat  akibat tiadanya aktiviti ekonomi  di negara.Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu,pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran.Belia kita hanya didedahkan dengan konsep tiori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti.Akibatnya,belia kita kekurangan kemahiran berfikir,menganalisi sesuatu,berbicara dalam pelbagai bahasa,dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat.Biasanya,majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.


Mungkin juga faktor mals menjadi pendorong  wujudnya masalah ini.Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil kosep tunggu dan lihat.Mereka haya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat.Mereka bmenganggap peretumbuhan ekonomi negara  akn berterusan maju tanpa sebarang masalah.Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.


Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum,kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia.Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini.Malah,kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjaln rancak semula.Projek pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singapura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu,kerajan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman.Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi.Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama [elabur asing kelak.


Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia.Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakn perniagaan mereka secara kecil-kecilan.Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakn peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini.Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------

DIMENSI WARISAN BANGSA: PERMAINAN TRADISIONAL
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada permainan tradisional di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab permainan tradisional perlu dipertahankan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
1.  PERENGGAN INTRODUKSI
[Tajuk karangan: Ayat Rangsangan] Sejak era nenek moyang lagi, permainan tradisional merupakan sebahagian kehidupan masyarakat Melayu. [Pengembangan: Ayat Huraian 1] Pelbagai jenis permainan yang beraneka ragam seperti galah panjang, wau, gasing, pelepah pinang, serak biji saga, dan sebagainya  masih dimainkan pada waktu senggang bersama-sama sanak saudara dan sahabat handai. [Pengembangan:Ayat Huraian 2] Permainan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. [Fokus karangan: Ayat Arahan] Sesungguhnya, terdapat beberapa sebab kita wajar mempertahankan ataupun melestarikan permainan tradisional kita.
2.  PERENGGAN ISI 1 (JENIS DEDUKTIF)
[Idea karangan: Ayat Judul] Tidak dapat dinafikan, permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai. [Pengembangan:Ayat Huraian] Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisi masa yang terluang dengan kerja-kerja sampingan serta permainan rakyat. [Pengembangan: Ayat Contoh] Pelbagai permainan tradisional dimainkan termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, dan lain-lain. [Kesimpulan: Ayat Penyimpul]Oleh sebab budaya ini warisan budaya bangsa Malaysia, maka warisan ini sewajarnya dilestarikan.
3.  PERENGGAN ISI 2 (JENIS DEDUKTIF)
[Idea karangan: Ayat Judul]Selain itu, permainan tradisional dapat dijadikan sumber hiburan ataupun rekreasi kepada masyarakat. [Pengembangan: Ayat Huraian ]Hal ini demikian kerana permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri, mudah dimainkan, menyeronokkan, dan menghiburkan. [Pengembangan: Ayat Contoh] Masa yang terluang seelok-eloknya dimanfaatkan oleh masyarakat kita untuk bermain gasing leper, bulu ayam, konda kondi, sepak raga, dan sebagainya yang bersifat sihat kerana tidak membobrokkan akhlak mahupun menimbulkan ketagihan.  [Kesimpulan: Ayat Penyimpul]Sebagai sumber hiburan yang sihat, maka permainan tradisional sewajarnya dipopularkan dan dipertahankan daripada lenyap ditelan zaman.
4.  PERENGGAN ISI 3 (JENIS DEDUKTIF)
[Ayat Judul]Permainan tradisional juga dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menarik. [Pengembangan:Ayat Huraian]Pertunjukan permainan ini memang dapat menggamit pelancong-pelancong dari empat pojok dunia agar melancong sambil bersantai di negara kita yang kaya dengan keunikan budaya. [Pengembangan:Ayat Contoh]Melalui pelancongan inap desa (homestay), misalnya, tetamu asing kita bukan saja boleh dihidangi dengan permainan gasing pangkah dan wau bulan bahkan dapat menikmati keseronokan permainan. [Kesimpulan: Ayat Penyimpul]Pendek kata, permainan tradisional merupakan pemangkin perkembangan industri pelancongan kita.
5.  PERENGGAN INTIHA
[Rumusan: Ayat Kesimpulan] Sebagai akhirulkalam,  permainan rakyat yang berunsur tradisional banyak mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. [Ayat Pandangan ]Jadi, janganlah dibiarkan permainan ini berkubur begitu sahaja. [Ayat Cadangan]Sebagai pewarisnya, maka kita sewajarnya mempertahankan dan mempopularkannya kerana tak kenal, maka tak cinta. [Ayat Pendirian/Penegasan]Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan tradisional tidak patut sekali-kali dipinggirkan dalam kamus hidup kita.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                  KOMSAS

 

Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira

Watak Utama

Amira
Amira ialah seorang pelajar dan berkawan baik dengan Jacinta. Ibunya ialah Profesor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Semasa cuti sekolah yang panjang, Amira dan Jacinta pergi ke kawasan emaknya yang sedang menjalankan kerja lapangan iaitu mencari gali artifak di Desa Karpus. Dia seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan. Sebagai contohnya, dia berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menggerakkan usaha menyelamatkan Malique yang hilang. Amira tabah menghadapi dugaan walaupun mengalami peristiwa pahit iaitu dia hampir mati lemas akbiat tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Amira juga suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Amira menggerakkan usaha untuk menolong Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mengesannya. Selain itu, dia bersahabat baik dengan Jacinta yang berketurunan Tionghua.

Amira menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutamanya ibunya, Pak Lias dan Dr. Zawawi. Sebagai contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suatu pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira diminta oleh ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah. Dia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin. Amira seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin akan Jacinta yang baru sedar daripada pengsan dengan menyuapkan kawannya sup.

Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak yang baik, contohnya dia tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memicit bahu ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan semasa di dalam kereta api. Amira seorang yang bertanggungjawab, contohnya dia rasa bersalah dan tidak berhenti menangis kerana dia yang menyebabkan Jacinta hilang. Dia cuma berhenti menangis apabila Jacinta berjaya ditemui oleh Tau.

Watak Sampingan

Jacinta
Jacinta ialah seorang pelajar yang berbangsa Cina yang berkulit putih dan gebu serta menjadi kawan baik Amira. Ibunya sudah meninggal dunia, dan ayahnya sekarang berkahwin dengan seorang perempuan lain. Dia tidak suka akan ibu tiri yang baru dikahwini oleh ayahnya itu. Dia mengikut Amira pergi ke tapak kerja lapangan atau tapak cari gali artifak tinggalan manusia pada zaman silam yang sedang dijalankan oleh ibu Amira dengan pelajar-pelajarnya tahun akhirnya. Dia telah beberapa kali mengikut Amira dalam melakukan kerja-kerja dalam bidang arkeologi. Jacinta diselamatkan dan diusung oleh Tau ke Desa Karpus. Dia dalam keadaan pengsan ketika dijumpai oleh Tau di celah banir pokok balak yang besar. Jacinta menyukai Dr. Zawawi iaitu pensyarah muda dan pembantu Profesor Zaidah.

Jacinta seorang yang tabah tetapi sentiasa tidak sabar, dan dia cepat merajuk apabila keluarganya menjadi topik perbualan. Dia suka menolong orang, contohnya dia bersama-sama dengan Amira, Itai, Pak Lias, Roslan, dan beberapa orang lagi dalam gerakan mencari Malique yang hilang. Dia sanggup membahayakan dirinya sendiri dalam usaha untuk menolong Amira yang dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

Jacinta seorang yang bijak berkata-kata dan pandai berhujah, contohnya dia berhujah dengan O’Hara semasa mereka mencari Malique. Dia mengambil berat akan kebajikan rakannya, contohnya dia membawakan Amira makanan ke khemahnya pada suatu malam. Jacinta juga tidak pernah menyinggung perasaan sahabatnya, Amira walaupun mereka berlainan agama.

Itai
Itai ialah anak Tau tetapi menjadi anak angkat kepada Ludin yang berketurunan suku Orang Asli Semai yang tinggal di kampung di sebelah anak bukit. Sebenarnya Itai ialah adik Malique dan emak mereka ialah Ipah atau Jennifer. Dia seorang anak muda yang hebat, pintar, berani dan memiliki keistimewaan seperti boleh mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin. Itai berkemahiran untuk menangkap ikan dengan tangan iaitu tanpa menggunakan alat menangkap ikan. Itai akan dilantik sebagai ketua kampung yang memahami alam di hutan itu, iaitu menggantikan ayah angkatnya Ludin yang sedang memegang jawatan ketua kampung itu. Itai juga merupakan pelajar yang pintar dan menjadi harapan sekolahnya. Itai berkawan dengan Amira dan Jacinta selepas peristiwa dia menyelamatkan Amira daripada mati lemas.

Itai suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Itai membantu Amira untuk mencari Malique yang hilang. Itai menghormati orang yang lebih tua daripadanya, contohnya dia menghormati Ludin dan Tau dan tidak membantah cakap mereka. Itai seorang yang murah hati, iaitu dia dan Amira sanggup meredah hutan untuk mengambil ketulan emas di sungai untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dia seperti hilang semangat selepas terlihat makhluk yang berbulu ketika bersama-sama dengan Amira di dalam hutan dan seterusnya dia disergah oleh Tau pada masa itu.

Profesor Zaidah
Beliau seorang profesor dan pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Beliau kuat bekerja, contohnya Amira mengatakan memang tabiat ibunya suka memulakan kerja sejak awal pagi iaitu ketika orang lain masih tidur. Amira juga hairan dengan ibunya yang memiliki tenaga yang kuat untuk bekerja. Beliau merupakan ibu yang penyayang, contohnya walaupun sibuk dia masih ada masa untuk Amira, lebih-lebih lagi dia sedar akan kesalahannya yang mementingkan kerjanya selepas Amira . Beliau seorang yang penyabar, contohnya dia masih bersabar dan tidak memarahi Amira kerana kesilapannya yang menyebabkan Jacinta cedera.

Profesor Zaidah seorang ketua yang prihatin, contohnya dia mengambil berat kebajikan keluarga Pak Lias dan bertanyakan perbelanjaan keluarganya sebelum dia meninggalkan mereka untuk bekerja di Bukit Mat Raya. Beliau pakar dalam bidang arkeologi, contohnya dia mengatakan bahawa setiap lapisan tanah yang berlainan warna mewakili satu tempoh masa yang kita sendiri tidak pasti, mungkin ratusan atau ribuan tahun. Beliau berpengalaman selama lebih kurang dua puluh lima tahun dalam bidang itu.


----------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Strategi Menjawab Soalan Tatabahasa SPM

Jenis-Jenis Soalan Membina Ayat.

Peringatan Kepada Pelajar
.

1. Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang diberikan dan sebaik-baiknya ialah ayat berlapis iaitu sesuai dengan peringkat kematangan pelajar Tingkatan 4 dan 5.
2. Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul.
3. Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tidak jelas.
4. Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan bahasa atau nama khas.
5. Jangan bina lebih daripada satu ayat.
6. Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah imbuhan pada perkataan yang diberi.
7. Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat cakap ajuk).

l. Membina ayat daripada kata ganda.

Kata ganda penuh
Contoh soalan:

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. jari-jari
ii. suka-suka
iii. tinggi-tinggi
iv. angan-angan

Contoh jawapan:

i. Jari-jari
Jari-jari pada jendela di rumah usang itu telah rosak dimakan anai-anai..

ii. Suka-suka.
Saya hanya suka-suka pergi ke pantai tersebut untuk mencari ketenangan.

iii. Tinggi-tinggi.
Bangunan yang terdapat di ibu kota kebanyakannya tinggi-tinggi belaka.

iv. Angan-angan.
Kita hendaklah menjadikan angan-angan kita sebagai satu kenyataan dalam hidup.

Kata ganda separa/ sesuku

Contoh soalan:

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. cecair
ii. kekuda
iii. dedalu
iv. jejari

Contoh jawapan:

i. Cecair.
Cecair berwarna kuning yang terdapat di dalam botol itu digunakan sebagai bahan
penyubur pokok.

ii. Kekuda
Tulang bumbung rumah itu dipasang kekuda supaya kukuh dan tidak mudah ditiup
angin.

iii. Dedalu
Banyak pohon dedalu menumpang hidup pada pokok-pokok besar di hutan tersebut.

iv. Jejari.
Lima meter panjang jejari pada bulatan di atas bumbung bangunan itu .

Kata ganda berentak
Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di hujung)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. sayur-mayur
ii. kuih-muih
iii. cerai-berai
iv. karut-marut.

Contoh jawapan:

i. Sayur-mayur.
Sayur-mayur yang masih segar dijual di pasar tersebut pada setiap pagi.


ii. Kuih-muih.
Kuih-muih itu dibuat untuk majlis perkahwinan anak Pak Abu.

iii. Cerai-berai.
Tindakan Haji Hussin yang keterlaluan itu telah mendorong keluarga anak sulungnya
menjadi cerai-berai.

iv. Karut-marut.
Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu.

Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di pangkal)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. kayu-kayan
ii. bolak-balik
iii. mandi-manda
iv. Lalu-lalang

Contoh jawapan:

i. Kayu-kayan.
Kayu-kayan yang keras telah digunakan untuk membuat perabot yang berukir itu.

ii. Bolak-balik.
“Jangan bercakap bolak-balik sehingga ayah menjadi marah” kata Ali kepada
adiknya.

iii. Mandi-manda.
“Puteri Bongsu sedang mandi-manda di kolam di belakang istana” kata hulubalang
kepada baginda sultan.

iv. Lalu-lalang.
Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut.


Contoh soalan, (Kata ganda berentak bebas)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. anak-pinak
ii. lintang-pukang
iii. ramah-tamah.
iv. kusut-masai

Contoh jawapan,
i. Anak-pinak.
“ Hampir semua anak-pinak Pak Sulung hadir bersama bagi meraikan majlis hari
jadinya yang keseratus lapan semalam” kata Hajah Siti Hajar kepada emak
saudaranya.

ii. Lintang-pukang.
Penagih-penagih dadah di belakang rumah besar itu lari lintang-pukang apabila
mereka diserbu oleh pihak polis.

iii. Ramah-tamah.
Sikap ramah-tamah yang ditunjukkan Haji Majid dan keluarganya menyebabkan
keluarga kami suka mengunjungi rumahnya.

iv. Kusut-masai.
Rambutnya kelihatan kusut-masai apabila terkena hujan lebat.


2. Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainan
maksud.

Contoh soalan:

Tuliskan ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud.

i. deklarasi - deklamasi
ii. suram - suam


Contoh jawapan:

i. (a). Deklarasi.
Satu deklarasi mengenai penjagaan alam sekitar telah dibuat di Kuala Lumpur
oleh ketua-ketua negara ASEAN.

(b). Deklamasi.
Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah
Segamat telah diadakan pada bulan lepas.

ii. (a). Suram.
Kabus yang tebal menyebabkan cahaya lampu di atas bukit itu kelihatan suram.

(b). Suam.
Pak Abu menggunakan air suam untuk melembutkan kerak nasi yang terdapat di dalam periuk itu.

3. Membina ayat daripada perkataan tunggal atau kata dasar dan perkataan
berganda.

Contoh soalan:

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya tanpa menambah sebarang imbuhan.

i. tupai - tupai-tupai
ii. senang - senang-senang

Contoh jawapan:

i. (a). Tupai.
Beberapa ekor tupai telah terperangkap dalam jebak yang dipasang di atas pokok
durian di dusun Pak Leman.

(b). Tupai-tupai.
Tupai-tupai dipasang pada tiang bumbung rumah itu supaya kedudukan bumbung
rumah itu terus kukuh.

ii. (a). Senang.
“ Asmah, bukan senang aku nak dapat kebenaran daripada ayah” kata Aminah kepada adiknya.

(b). Senang-senang.
“ Ketika senang-senang, datanglah ke rumah saya,” kata ibu kepada rakannya.


4. Membina ayat daripada rangkai kata atau ungkapan.

Contoh soalan:

Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan atau maksudnya.

i. hati terbuka
ii. berputus asa
iii. jiwa merdeka
iv. serkap jarang

Contoh jawapan:

i. Hati terbuka.
Cikgu Halimah menerima tetamu pada hari raya dengan hati terbuka.


ii. Berputus asa.
Kita jangan berputus asa walaupun telah lima kali gagal dalam peperiksaan.

iii. Jiwa merdeka.
“Mantapkan jiwa merdeka pada diri anda agar anda menjadi seorang warganegara
yang disegani,” nasihat guru kaunseling kepada anak muridnya.

iv. Serkap jarang.
Tuduhan yang dikenakan kepada pegawai itu kurang mempunyai bukti yang kukuh
dan tindakan itu hanya sebagai serkap jarang sahaja.


5. Membina ayat daripada perkataan berimbuhan.
Contoh soalan:

Tuliskan ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. penyedap - menyedapkan
ii. penamaan - kenamaan.

Contoh jawapan:

i. (a) Penyedap.
Rempah ratus dari India digunakan sebagai penyedap dalam masakan itu.

(b) Menyedapkan.
Udang kering yang dikisar dimasukkan ke dalam makanan itu untuk menyedapkan
rasanya.

ii. (a) Penamaan.
Penamaan calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kawasan Sepinang akan dilakukan pada hari esok.

(b) Kenamaan.
Beberapa orang kenamaan telah hadir untuk menyerikan majlis perkahwinan tersebut.







Contoh soalan:

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. ada
ii. berada
iii. mengadakan
iv. keadaan

Contoh jawapan:

i. Ada.
Dia ada wang untuk membeli kereta mewah tersebut.

ii. Berada.
Ketika rumahnya runtuh ditiup angin, dia berada di rumah rakannya.

iii. Mengadakan.
Kerajaan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat semenjak dua bulan yang lalu.

iv. Keadaan.
Encik Ramasamy berada dalam keadaan tenat setelah diserang penyakit jantung.


6. Membina ayat daripada kata banyak makna.Contoh soalan:

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya.
i. kuat
ii. cetek

Contoh jawapan:

i. Kuat.
1. Walaupun badannya kurus tetapi dia kuat makan.
2. Bangunan yang dibina itu sungguh kuat dan teguh.

ii. Cetek.
1. Sungai di belakang rumahnya tidak berbahaya kerana airnya cetek.
2. Dia tidak terpilih menjadi ketua kerana ilmu persilatan yang dimiliknya masih cetek.



7. Membina ayat daripada pasangan perkataan berimbuhan dan pasangan perkataan berganda.
Contoh soalan:

Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksudnya.

i. mengharapkan - harap-harap
ii. menyenangkan - bersenang-senang

Contoh jawapan:

i. (a). Mengharapkan.
Encik Hassan terlalu mengharapkan anaknya agar dapat melanjutkan pelajaran ke
Institut Pengajian Tinggi Awam pada tahun hadapan.

(b). Harap-haap.
“Harap-harap dia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna” kata
pengetua kepada penolong kanannya.

ii. (a). Menyenangkan.
Para guru hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat bagi membantu dan menyenangkan mereka mengajar.

(b). Senang-senang.
Mohamad Zaki memberi tahu gurunya bahawa soalan peperiksaan akhir tahun
mata pelajaran Matematik yang dikeluarkan oleh gurunya itu senang-senang
belaka.


Soalan 3 ( b ) Kemahiran berbahasa [6 markah]
Contoh-contoh soalan tentang kemahiran bahasa,

Latihan 1

Pisahkan ayat-ayat dalam petikan ini kepada enam ayat dasar dengan mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Iklan mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi dan memujuk pengguna agar membeli barangan serta perkhidmatan, di samping berperanan memberi maklumat yang betul berkenaan sesuatu produk.



Jawapan:

1. Iklan mempunyai peranan yang penting.
2. Iklan mempengaruhi pengguna.
3. Iklan memujuk pengguna agar membeli barang.
4. Iklan juga memujuk pengguna membeli perkhidmatan.
5. Iklan memberikan maklumat yang betul.
6. Maklumat ini berkenaan sesuatu produk.

Latihan 2

Petikan berikut mempunyai kata-kata yang salah penggunaan imbuhannya. Cari kata-kata itu dan betulkan imbuhannya.
Seberapa isu dan masalah yang timbul turut dijejaskan prestasi. Banyaknya masalah ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, mengutamakan kilangan dan khidmatan.

Jawapan:

Beberapa isu dan masalah yang timbul turut menjejaskan prestasi. Kebanyakan masalah ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, terutamanya perkilangan dan perkhidmatan.


Latihan 3

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Jawapan:

Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalam. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya. Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.




Latihan 4

Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan.

Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini supaya diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri di kalangan pelajar. Program ini menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.


Jawapan:

1. Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.
2. Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikan untuk mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.
3. Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin ala-tentera, pembinaan diri dan menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.


Latihan 5

Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif,

1. Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
2. Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
3. Julia menjahit baju kurung itu.
4. Salina sedang membancuh kopi di dapur.
5. Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.
6. Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.

Jawapan:

1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
3. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
4. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
5. Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.
6. Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.




Soalan 3 (c) (d)

KESALAHAN TATABAHASA

Peringatan kepada pelajar,

1. Lazimnya terdapat 2 kesalahan dalam satu ayat.
2. Salin semula ayat dan betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat tersebut.
3. Garis jawapan yang anda telah betulkan kesalahan
4. Jangan ubah struktur ayat berkenaan.


Jenis-jenis kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan

1. Kesalahan perkataan atau kosa kata.
Contoh;

Ahmad keciwa = sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan)

Pelancung = pelancong (kesalahan ejaan)

Perabut = perabot.(kesalahan ejaan).

Pergi melancung = sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)

Tinggal di pendalaman = sepatutnya pedalaman (kesalahan
penggunaan perkataan)

2. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M.Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat

Contoh;

Cili sos = sepatutnya sos cili

Nusantara Restoran = sepatutnya Restoran Nusantara

Mini bas = sepatutnya bas mini

Kredit kad = sepatutnya kad kredit



3. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa.Contoh,

Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (salah)
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (betul)

Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (salah)
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (betul)

Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (salah)
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (betul)

Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (salah)
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (betul)

Sarawak telah lama didiami oleh Iban (salah)
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (betul)

4. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas.Contoh;
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk mengkajinya.(salah)
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan teknik sinar-X. (betul)

5. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek.Contoh;

Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah
RM2.00 sekilo (salah)

Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo (betul)


6. Ayat tergantung.Contoh;

Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim. (salah)
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (betul)


7. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang.Contoh;

Baginda berucap kepada pembesar negeri (salah)
Baginda bertitah kepada pembesar negeri (betul)

8. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut (objek).Contoh;

Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (salah)
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (betul)


9. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.Contoh;

Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (salah)
Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (betul)

10. Kesalahan penggunaan kata jamak.
Contoh;

Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (salah)
Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (betul)


11. Kesalahan penggunaan kata ganda.Contoh;

Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (salah)
Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (betul)

12. Kesalahan penggunaan kata imbuhan.

Contohnya;

Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (salah)
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu (betul)


Contoh-Contoh

Penggunaan Kata, Frasa Dan Ayat

· Ada berbagai barang di kedai itu. (salah)
· Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. (betul)
· Ada pelbagai barang di kedai itu. (betul)

· Ali dihadiahkan sebuah buku harian. (salah)
· Ali dihadiahi sebuah buku harian. (betul)

· Di antara mereka yang hadir. (salah)
· Antara mereka yang hadir. (betul)

· Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura (salah)
· Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura (betul)

· Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim (salah)
· Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim (betul)

· Bangunan itu adalah Daya Bumi (salah)
· Bangunan itu Daya Bumi. (betul)

· Banyak orang datang. (salah)
· Banyak orang yang datang. (betul)

· Berbincang masalah. (salah)
· Berbincang tentang masalah itu. (betul)

· Berdasarkan kepada perkara itu. (salah)
· Berdasarkan perkara itu. (betul)

· Bergantung kepada. (salah)
· Bergantung pada. (betul)

· Berhubung itu. (salah)
· Berhubung dengan itu. (betul)

· Berkait itu. (salah)
· Berkait dengan itu. (betul)

· Berkaitan itu. (salah)
· Berkaitan dengan itu. (betul)

· Bersama. (salah)
· Bersama-sama. (betul)

· Beda. (salah)
· Beza. (betul)

· Bola itu Ali tendang. (salah)
· Bola itu ditendang (oleh) Ali. (betul)

· Bola itu ditendang oleh saya. (salah)
· Bola itu saya menendang. (betul)
· Bola itu saya tendang. (betul)

· Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. (salah)
· Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. (betul)

· Buku itu dia hantar ke perpustakaan. .(salah)
· Buku itu dihantar ke perpustakaan. ( betul )

· Buku itu dimasukkan dalam laci. (salah)
· Buku itu dimasukkan di dalam laci. (betul)

· Buku itu disimpan dalam laci. (salah)
· Buku itu disimpan di dalam laci. (betul)

· Di dalam hal itu. (salah)
· Dalam hal itu. (betul)

· Di dalam peperiksaan itu. (salah)
· Dalam peperiksaan itu. (betul)

· Dari Kedah hingga Sabah. (salah)
· Dari Kedah ke Sabah. (betul)

· Dari masa ke semasa. (salah)
· Dari masa ke masa. (betul)

· Dari semasa ke masa. (salah)
· Dari semasa ke semasa. (betul)

· Daripada segi. (salah)
· Dari segi. (betul)

· Dato’ Sri. (salah)
· Dato’ Seri. (betul)

· Datuk Sri. (salah)
· Datuk Seri. (betul)

· Dengan lain perkataan. (salah)
· Dengan perkataan lain (betul)

· Dalam bilik itu. (salah)
· Di dalam bilik itu. (betul)

· Dia belajar dari pengalaman. (salah)
· Dia belajar daripada pengalaman. (betul)

· Dia datang bila dipanggil. (salah)
· Dia datang apabila dipanggil. (betul)

· Dia memandang pada saya. (salah)
· Dia memandang kepada saya. (betul)

· Dia memandang saya. (salah)
· Dia berikan anaknya pelajaran.(betul)

· Dia memberi anaknya pelajaran. (salah)
· Dia berikan saya sebuah buku. (betul)

· Dia memberi saya sebuah buku. (salah)
· Dia memberi buku kepada saya. (betul)

· Dia memberikan buku kepada saya. (salah)
· Dia memberi pelajaran kepada anaknya.(betul)

· Dia memberi anaknya pelajaran. (salah)
· Dia mempelajari daripada pengalamannya. (betul)
· Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. (betul)

· Dia memperisterikan Aminah. (salah)
· Dia memperisteri Aminah. (betul)

· Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. (salah)
· Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. (betul)

· Dia menaiki bendera. (salah)
· Dia menaiki bendera. (betul)

· Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. .(salah)
· Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. ( betul )

· Dia mengambil apa sahaja. (salah)
· Dia mengambil apa-apa sahaja. (betul)

· Dia menolehkan pandangannya kepada saya. (salah)
· Dia menolehkan pandangannya pada saya (betul)

· Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. (salah)
· Dibincangkan dalam mesyuarat itu. (betul)

· Dia merindukan anaknya. (salah)
· Dia merindui anaknya. (betul)

· Jangan memijak rumput. (salah)
· Jangan pijak rumput. (betul)

· Jauhilah daripada dadah. (salah)
· Jauhilah dadah. (betul)

· Berkesanan. (salah)
· Keberkesanan. (betul)

· Kedua belah pihak. (salah)
· Kedua-dua belah pihak. (betul)

· Kepimpinan. (salah)
· Kepemimpinan. (betul)

· Kereta itu melalui di jalan besar. (salah)
· Kereta itu melalui jalan besar. (betul)

· Letaklah di mana yang sesuai. (salah)
· Letaklah di mana-mana yang sesuai. (betul)

· Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. (salah)
· Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang. (betul)

· Maksudnya yang asalnya. (salah)
· Maksudnya yang asal. (betul)

· Melawat ke Eropah. (salah)
· Melawat Eropah. (betul)

· Melihat kepada/pada keindahannya. (salah)
· Melihat keindahan. (betul)

· Membincangkan tentang perkara itu. (salah)
· Membincangkan perkara itu. (betul)

· Menduduki di tempat kedua. (salah)
· Menduduki tempat kedua. (betul)

· Beg itu mengandung. (salah)
· Beg itu mengandungi. (betul)

· Mensiakan tanggungjawab. (salah)
· Mensia-siakan tanggungjawab. (betul)

· Mengunjungi ke Eropah. (salah)
· Mengunjungi Eropah (betul)

· Mereka memberitahukan saya perkara itu. (salah)
· Mereka memberitahu saya perkara itu. (betul)

· Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. (salah)
· Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya. (betul)

· Mereka-mereka. (salah)
· Mereka. (betul)

· Oleh kerana itu.(salah)
· Oleh sebab itu. (betul)

· Merujuk kepada surat tuan (salah)
· Merujuk surat tuan (betul)

· Di masa (salah)
· Pada masa (betul)

· Pada pendapatan saya (salah)
· Pada pendapat saya (betul)

· Pada satu hari (bilangan)
· Pada suatu hari (tak tentu harinya)

· Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan (salah)
· Para wartawan (betul)

· Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri (salah)
· Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri. (betul)

· Pergilah ke mana pun (salah)
· Pergilah ke mana-mana pun. (betul)

· Perkara itu ialah benar (salah)
· Perkara itu adalah benar (betul)

· Pilihlah mana yang sesuai (salah)
· Pilihlah mana-mana yang sesuai (betul

· Ramai orang datang (salah)
· Ramai orang yang datang (betul)

· Sebahagian wangnya didermakan (salah)
· Sebahagian dari wangnya didermakan. (salah)
Sebahagian daripada wangnya didermakan (betul)

Sehubungan itu (salah)
Sehubungan dengan itu (betul)

· Selain dari/ daripada itu (salah)
· Selain itu (betul)

· Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya (salah)
· Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya (betul)

· Semoga rohnya dicucurkan rahmat (salah)
· Semoga rohnya dicucuri rahmat (betul)

· Seperti yang kita telah katakan (salah)
· Seperti yang telah kita katakan (betul)

· Sri. (salah)
· Seri (cahaya) (betul)

· Setengah orang (salah)
· Setengah-setengah orang (salah)
Sesetengah orang (betul)

· Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka (salah)
· Surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (betul)

· Takutkan hantu. (salah)
· Takut akan hantu (betul)

· Tan Seri itu (salah)
· Tan Sri. (betul)

· Tanyalah siapa pun (salah)
· Tanyalah sesiapa pun (salah)
· Tanyalah siapa-siapa pun (betul)

· Tiap orang / setiap-tiap orang (salah)
· Tiap-tiap orang / setiap orang. (betul)

· Tiga ayam. (salah)
· Tiga ekor ayam (betul)

· Yang mana (salah)
· Yang (betul)

· Melaporkan dari (salah)
· Melaporkan berita dari (betul)

· Amat pandai (salah)
· Amat pandai sekali (betul)

· Sangat kukuh (salah)
· sangat kukuh sekali (betul)

· sungguh gagah (salah)
· sungguh gagah sekali (betul)

· terbesar sekali (salah)
· terbesar (betul)
· besar sekali (betul)

· paling kuat sekali (salah)
· paling kuat (betul)
· kuat sekali (betul)


Contoh Soalan Peperiksaan,

1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.

ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan nasional di dalam negara yang berbilang kaum.


Jawapan,
i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek agar pelaksanaannya dapat berjalan lancar.

ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan nasional di negara yang berbilang kaum.


2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

Jawapan,
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh anugerah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.


3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.

Jawapan,
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak kecil lagi.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam, Singapura,
Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi yang
di kandung.
2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata
pensyarah tersebut.









Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan ahli persatuan
ini.



Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan perfileman
tanahair.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam kepada lelaki itu.

Latihan 7

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugas-
tugas tersebut.


Jawapan

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa sejak kecil lagi.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam,
Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang yang pintar.

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan keselamatan bayi
yang dikandung.
2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," kata pensyarah tersebut.

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata Alias kepada
ibunya.
2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di kalangan ahli persatuan ini.



Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya industri muzik dan
perfileman tanah air.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam kepada lelaki
itu.

Latihan 7

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam melaksanakan tugas-tugas
tersebut.

Soalan 3e (Peribahasa)

Peribahasa
· Soalan jenis ini menguji pengetahuan peribahasa
· Soalan menguji sama ada dari segi memberi makna atau penggunaannya
· Empat jenis peribahasa
o Simpulan Bahasa (anak angkat; batu api; serkap jarang)
o Perumpamaan (pucar lesi umpama ayam lengit; seperti bahat dengan penukul)
o Pepatah (ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras)
o Bidalan (sambil menyelam minum air; ukur baju di badan sendiri)

A. Memberi Makna dan Membina Ayat daripada PeribahasaBeri makna simpulan bahasa di bawah ini dan kemudian bina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut:

1. hati bugis
Makna : seorang yang berani
Ayat : Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan Melayu yang mempunyai
hati bugis.

2. Orang dapur
Makna : orang perempuan
Ayat : Sudah lama Mak Ngah teringin untuk mendapat orang dapur kerana
semua anaknya lelaki.


B. Membina Ayat daripada Peribahasa
Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.

1. jauhari juga mengenal manikam

Bertanyalah kepada orang yang arif tentang undang-undang kerana jauhari juga mengenal manikam

2. Belakang parang diasah lagikan tajam

Walaupun sudah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, namun Mahani yakin bahawa
belakang parang diasah lagikan tajam


C. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan

Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa yang paling sesuai.

1. Ramasami memberikan pelbagai alasan apabila rakan-rakannya mengajaknya pergi ke perpustakaan
(hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih)

2. Pak Cik Mahadi memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak mahu mengamalkan semua ilmu yang ada padanya itu.
(laksana pohon kayu tidak berbuah)

D. Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Petikan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan pengorbanan dan kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan dahulu. Setiap bulan keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat menyimpan wang walaupun sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya bankrap kerana dia tidak dapat membayar hutang piutang kepada pihak bank.

1. lupa daratan / lupa diri
2. berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap
3. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.----------------------------------------------------------------------------------------------------
  •                PERDAGANGAN
Add caption
(a) Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu. (9 MARKAH)

(b) Terangkan bagaimana aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu oleh
bantuan perniagaan berikut-

  1. Perbankan (5 markah)

  1. Promosi (5 markah)

( C) Terangkan tiga sebab pasar raya menjadi pilihan pengguna (6 markah)

( JAWAPAN )

Ceraian (a)
Tiga faktor pengeluaran yang terlibat
Tanah (1m)
. . .terdiri daripada sumber semula jadi dan bahan mentah kepada aktiviti pengeluaran
itu (1m)
. . .contohnya laut,ikan dan hasil laut yang lain (1m)
Modal (1m)
. . .wang,peralatan,dan jentera yang digunakan untuk aktiviti pengeluaran (1m)
. . .contohnya sampan,pukat atau jala dan wang untuk membeli semua alatan itu (1m)
Usahawan (1m)
. . .individu yang menggabungkan faktor pengeluaran lain untuk hasilkan keluaran(1m)
. . .contohnya nelayan itu menggunakan sampan dan pukat untuk menangkap ikan(1m)
------------------------------------------------------------------------------------------------
                              TASAWWUR ISLAM

Skema jawapan tasawwur islam kertas2

a)i.Pengertian Rasul~
Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah yang diberikan
wahyu untuk dirinya dan wajib menyampaikannya kepada
orang lain.

  1. 2 orang Rasul ulul Azmi~
    - Nabi Muhammad
    - Nabi Ibrahim
    - Nabi Nuh
    - Nabi Isa
    - Nabi Musa

iii)Sebab mereka digelar Rasul ulul Azmi~
- sebagai penghormatan dan pengiktirafan daripada Allah.
- mereka memiliki kesabaran yang tinggi dan tidak
berputus asa.
- mereka tidak memohon kepada Allah supaya tidak
ditimpa azab kepada umatnya
      • mereka memiliki keazaman dan keteguhan jiwa
        yang tinggi semasa berdakwah.

b)i. 2 contoh alam ghaib~
-Alam roh
-Alam akhirat
-----------------------------------------------------------

                             SEJARAH

Soalan Popular SPM 2011 - Tema 7

Tema 7 mengandungi Bab 1, Bab 2 dan Bab 3
Soalan SPM 2009 - Keluar bab 3
Soalan SPM 2010 - Keluar Bab 1
Soalan SPM 2011 : ????????????

Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara
Dibawa oleh Ksyatria
Disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
Dibawa oleh pedagang/vaisya
Disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta
Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
Dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain
Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M. telah memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara
Mana-mana 4 x 1 m
Terangkan lima pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara
Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan
Raja berada di puncak pemerintahan
Di bawahnya terdapat kerabat diraja
Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
Di ikuti dengan rakyat
Hamba golongan paling bawah
Raja berkuasa mutlak
Meliputi pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan
Perintah raja menjadi undang-undang
Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan
Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
Raja sebagai bayangan tuhan
Rakyat takut menderhaka
Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
Dipercayai memiliki kesaktian
Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
Wujud adat istiadat pertabalan raja
Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
Bertujuan menjadi raja terulung
Mendirikan kompleks kota
Lambang konsep alam semesta / orde kosmos
Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
Seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
Di bawah anak raja terdapat parvanda / senapati sbg ketua pentadbiran pusat
Pada pendapat anda, apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat
di Asia Tenggara ?
Untuk merekodkan ilmu pengetahuan
Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat
Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
Tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan
agama Buddha
Pemerintahan raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang
Memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat contohnya inskripsi di Palembang
Menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat dalam batu bersurat di Lembah Bujang
bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama
bacaan mentera / upacara keagamaan
perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa / duka / derhaka /
manusia / pahala / rupa / sengsara
bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas
pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma,
Arjunwiwaha, Kunjarkarma
Penceritaan lisan dan wayang kulit
Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima,Hikayat Seri Rama
Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen

Namakan dua bandar terancang tersebut

Harappa
Mohenjo-Daro
Nyatakan tiga ciri bandar terancang dalam tamadun Indus
Teratur dan sistematik
Terbahagi kepada dua iaitu bahagian pertama dan kedua
Bahagian pertama terrdiri daripada pusat keagamaan dan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil pertanian
Bahagian kedua terdiri daripada kawasan perumahan
Bandar dikelilingi oleh tembok
Bangunan disusun berasaskan blok segi empat
Setiap blok dipisahkan oleh jalanraya yang lurus
Bandar dihubungkan dengan sungai
Adanya sistem kumbahan
Apakah ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat Indus bagi membina bandar terancang
Matematik
Geometri
Kesenian
Teknologi pembakaran batu bata
Pembinaan
Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Indus dapat membina bandar yang terancang
Memiliki kepakaran dari segi susun atur
Menguasai ilmu matematik, geometri dan kesenian
Mahir dalam seni bina
Mengambil unsur budaya tamadun lain
Menyesuaikan pengaruh luar dengan keadaan tempatan
Mengambil teknologi tamadun lain
Meningkatkan mutu bahan binaan batu bata melalui pembakaran
Menganjurkan kedamaian dam keamanan
Bagaimanakah amalan sikap keterbukaan tamadun Indus dapat dicontohi
dalam negara kita
Perlu cintakan ilmu pengetahuan
Semangat gigih dan rajin
Perlu pertukaran teknologi
Bersikap kreatif dan inovatif
Mengadakan hubungan diplomatik
Sedia menerima pengaruh luar dan menyesuaikan dengan tempatan
Menjalin hubungan perdagangan
( Mana-mana jawapan yang munasabah


Pada pandangan anda, mengapakah negara perlu memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan ?
Meningkatkan ilmu pengetahuan
Menaikkan imej Negara
Melahirkan masyarakat yang berilmu
Memajukan Negara
Meningkatkan ekonomi Negara
Mana-mana jawapan yang munasabah

Barang Dagangan tamadun India
Senjata
Gading gajah
Emas
Berlian
mutiara
Senarai negara luar yang menjalankan hubungan perdagangan
Macedonia
Sri Lanka
Asia Tengah
Asia Tenggara
China
Faktor perkembangan Ekonomi tamadun India pada abad ke-3 SM
Perdagangan dalaman di wilayah India
Perdagangan dengan negara luar spt Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China
Terdapat pelabuhan penting spt Tamralipti
Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan/Sresthin/ Persatuan Tukang kayu, tukang logam.
Persatuan tukang kayu/tukang logam/tukang kulit
Persatuan mengawal harga barangan
Persatuan mengawal kualiti barangan
Persatuan mengawal gaji pekerja
Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
Terdapat sektor perusahaan tekstil spt kain kapas & sutera
Terdapat perusahaan barang kemas spt emas, batu permata dan mutiara.
Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian & buah-buahan
Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom & Sri Lanka
Cara meningkatkan ekonomi negara
Bersikap inovatif
Berusaha membaiki & meningkatkan kehidupan sedia ada
Mewujudkan sebuah negara aman
Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat/adil
Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik
Menjadi pemerintah yang berwibawa
Meneliti dan menghayati perubahan/kemajuan yang telah berlaku dalam masyarakat lampau
Mana-mana munasabah

No comments:

Post a Comment